Kem tahanan Xinjiang

1 juta – 3 juta selama beberapa tahun (anggaran Schriver 2019)[3][4]Templat:Sejarah Republik Rakyat ChinaKem pendidikan semula Xinjiang, secara rasmi dipanggil Pusat Pendidikan dan Latihan Vokasional oleh Parti Komunis China (CCP) dan Kerajaan China, ialah kem tahanan yang dikendalikan oleh kerajaan Rantau Autonomi Uyghur Xinjiang dan jawatankuasa CCP Xinjiang.[7][8][9] Human Rights Watch mengatakan kem-kem ini telah digunakan untuk mengindoktrinasikan bangsa Uyghur dan orang Islam lain sejak tahun 2017 sebahagian daripada "perang rakyat terhadap keganasan," suatu dasar yang diumumkan pada tahun 2014.[1][10][11]Kem ini didirikan di bawah pentadbiran Setiausaha Agung CCP Xi Jinping[11] dan dipimpini setiausaha jawatankuasa CCP, Chen Quanguo. Kem ini dilaporkan dikendalikan di luar sistem undang-undang; ramai orang Uyghur dilaporkan telah ditahan tanpa perbicaraan dan tiada pertuduhan telah dikenakan terhadap mereka, (ditahan dalam penahanan pentadbiran).[12][13][14] Pihak berkuasa tempatan dilaporkan menahan beratus-ratu ribu orang Uyghur di dalam kem-kem ini serta ahli-ahli kumpulan minoriti etnik yang lain, atas tujuan ternyata menentang faham pelampau dan terorisme[15][16] dan menggalakkan pencinaan.[17][18][19]Sejak dari 2018[kemas kini], dianggarkan pihak berkuasa China mungkin telah menahan beratus-ratus ribu, mungkin sejuta, orang Uyghur, Kazakh, Kyrgyz dan orang Islam Turkik etnik lain, Kristian serta beberapa warganegara asing seperti orang Kazakhstan, yang ditahan di dalam kem tahanan berahsia ini yang terletak di seluruh rantau tersebut.[20][21][22][23][24][25] Pada bulan Mei 2018, Penolong Setiausaha Pertahanan untuk Hal Ehwal Keselamatan Indo-Pasifik A.S. Randall Schriver berkata "sekurang-kurangnya sejuta namun kemungkinan lebih dekat dengan tiga juta rakyat" dipenjarakan di pusat tahanan, yang beliau huraikan sebagai "kem dera".[3][4] Pada bulan Ogos 2018, Guy McDougall, seorang wakil Amerika Syarikat di Jawatankuasa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tentang Penyingkiran Diskriminasi Kaum, berkata jawatankuasa tersebut telah menerima banyak laporan berwibawa yang 1 juta etnik Uyghur di China telah ditahan di dalam "kem pendidikan semula".[26][27] Terdapat juga banyak laporan oleh saluran media,[28][29][30][31][32][33] ahli politik[34][35] dan penyelidik[36][37][38][39][40][41][42] yang membandingkan kem ini dengan Revolusi Kebudayaan China. Pada tahun 2019 di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, 54 negara (termasuk China sendiri)[43] menolak dakwaan terhadap China dan menyokong dasar-dasar China di Xinjiang. Yang lain pula, 23 negara menerima dakwaan terhadap China dan tidak menyokong dasar-dasar China.[44][45]

Kem tahanan Xinjiang

Lokasi Xinjiang, China
Dikendalikan Kerajaan Xinjiang dan jawatankuasa Parti
Operasi Sejak 2017[1]
Dibina oleh Parti Komunis China
Jumlah banduan Sehingga 1.5 juta (anggaran Zenz 2019)[2]

1 juta – 3 juta selama beberapa tahun (anggaran Schriver 2019)[3][4]

Tambah ~497,000 budak bawah umur di sekolah asrama khas (anggaran dokumen kerajaan 2017)[5]
Nama lain Pusat Pendidikan dan Latihan Vokasional

Rujukan

WikiPedia: Kem tahanan Xinjiang http://www.xjpcsc.gov.cn/system/2019/01/09/0355265... http://stream.aljazeera.com/story/201806112108-002... http://www.chinafile.com/conversation/how-should-w... http://www.currenthistory.com/Harris-CH2019.pdf http://www.jpolrisk.com/brainwashing-police-guards... http://www.xinhuanet.com/english/2019-08/16/c_1383... http://www.xinhuanet.com/politics/2019-03/18/c_112... http://statements.unmeetings.org/media2/23328878/b... //tools.wmflabs.org/ftl/cgi-bin/ftl?st=wp&su=Kem+t... //tools.wmflabs.org/ftl/cgi-bin/ftl?st=wp&su=Kem+t...